GIATMARA MIRI

GIATMARA MIRI, SARAWAK

CDT NO 91 98000 Miri Sarawak

Selasa, 22 April 2008

PENGENALAN

Selamat datang ke blog GIATMARA Miri, Sarawak. GIATMARA Miri adalah sebuah institusi latihan kemhairan yang memberikan latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan.
Sebagai sebuah institusi latihan yang berteraskan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat di dalam masyarakat bumiputera.
GIATMARA Miri, Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan dirasmikan pada 1994 oleh YB Datuk Abang Zohari bin Abang Hj. Openg Menteri Perindustrian Sarawak pada ketika itu. Pada awal permulaan penubuhannya, GIATMARA Miri mengujudkan dua kursus iaitu Teknologi Bangunan dan Mekanik Kenderaan Motor dengan pengambilan pertamanya seramai 60 orang.

Jika berminat sila hubungi kami : -

GIATMARA MIRI
CDT NO. 91
98000 Miri
SARAWAK

TEL : 085 - 604227
FAX : 085 - 604227
Email : giatmiri@gmail.com
Blog : giatmiri.blogspot.com